SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah (Journal of History Education & Historical Studies). This journal, with print ISSN 2302-5808 and online ISSN 2684-7388, was firstly published on March 24, 2013, in the context to commemorate the BLA (Bandung Lautan Api or Bandung a Sea of Flames)’s Day in Indonesia. The SUSURGALUR journal has jointly been organized by the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam) and International & History Studies FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) UBD in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, since issue of September 2013 to date; and published by Minda Masagi Suci, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung, West Java, Indonesia.
The articles published in SUSURGALUR journal are able to be written in English as well as in Indonesian and Malay languages. The SUSURGALUR journal is published every March and September. This journal is dedicated not only for Indonesian scholars who concern about History Education and Historical Studies, but also welcome to the scholars of Southeast Asian countries and around the world who care and share related to the History Education and Historical Studies in general.
The SUSURGALUR journal is devoted, but not limited to, history education, historical studies, and any new development and advancement in the field of history education and historical studies. The scope of our journal includes: (1) History Education and National Character Building; (2) Political, Social, Cultural and Educational History; (3) Education, History, and Social Awareness; (4) Economic History and Welfare State; (5) Science, Technology and Society in Historical Perspectives; (6) Religion and Philosophy in Historical Perspectives; and (7) Visual Arts, Dance, Music, and Design in Historical Perspectives.
Since early 2016, the website of SUSURGALUR journal has been migrated from web based on WP (Word Press) program towards the web based on OJS (Open Journal System) program at: www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur. However, the conventional e-mail address for sending the articles is still able to: susurgalur.jurnal2013@gmail.com and midamas.journals@gmail.com
PRAKATA untuk
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah
(Journal of History Education & Historical Studies),
Volume 9(1), Maret 2021.
Prof. Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Timbalan Sidang Pengarang Jurnal SUSURGALUR di Bandung; Pensyarah Jabatan Pengajian Sejarah dan Antarabangsa FASS UBD (Fakulti Sastra dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam); serta Setiausaha Panel Pakar ASPENSI (Asosiasi Sejarawan dan Pendidik Sejarah Internasional). E-mail: asbol.mail@ubd.edu.bn
Pandemik COVID-19 (Corona Virus Disease-2019) telah melanda Dunia, sejak akhir tahun 2019. Tragedi ini telah mengguncang dan menggegarkan kehidupan umat manusia di seluruh pelusuk Dunia. Seluruh tenaga dan pemikiran terpaksa diarahkan kepada memerangi penyakit berjangkit yang mengancam nyawa ini. COVID-19 bukan sahaja menyebabkan korban yang banyak ke atas umat manusia, bahkan yang masih hidup terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan yang dihantui ketakutan dan kebimbangan. Kehidupan yang sebelum ini aman dan tenteram telah menjadi purak-puranda. Ekonomi menjunam runtuh dan menyebabkan ramai yang hilang pekerajaan. Kehidupan semakin dihimpit penderitaan yang, nampaknya, belum ada penghujungnya. Mereka yang beriman tetap menerima sebagai ujian yang mengandungi hikmat, yang hanya boleh dirasakan oleh mata hati yang hening. Sementara yang tiada pegang agama, membunuh diri dengan menjunam dari bangunan tinggi.
Pandemik COVID-19 telah mencorakkan warna-warni dan liku-liku sejarah umat manusia di zaman Dunia tanpa sempadan ini. Bagi ahli sejarah, ia penting untuk dikaji dan diteliti sedalam-dalamnya, bukan sahaja dalam bentuk kajian sejarah tempatan mahupun serantau, khususnya Asia Tenggara, tetapi jauh dari itu kajian santerio Dunia. Kajian perlu dilakukan dalam berbagai sudut, kerana pandemik ini telah mencetuskan berbagai teori yang kontroversi. Ada yang mengatakan kemunculannya dirancang oleh golongan yang ingin menguasai Dunia, dengan matlamat menjadi pemerintah tunggal Dunia. Dalam mencapai misinya itu, penduduk Dunia harus dikurangkan dengan perancangan yang teliti, dengan menggunakan kecanggihan ilmu yang sentiasa berkembang. Salah satunya dengan cara pencipta penyakit yang boleh membunuh dalam masa yang singkat. Dalam masa yang sama, mereka boleh mengaut keuntungan yang lumayan dengan menjual vaksin yang mereka cipta jua. Mereka dapat kesenangan atas penderitaan orang lain.
Bagai manapun, ahli sejarah juga harus melihat dari sudut lain apabila pandemik ini boleh dikatakan telah memberikan pengajaran kepada umat manusia. Tamadun tinggi yang dicapai oleh manusia, seharusnya mereka tidak menjadi sombong. Bagi sudut pandang ahli sejarah Islam bahawa kesombongan tidak membawa erti, apabila Allah SWT (Subhanahu Wa-Ta’ala) mahu menunjukkan kuasa-Nya. Jadi, pandemik COVID-19 boleh dianggap sebagai ujian kepada manusia angkuh dengan kekuasaan Allah. Di sinilah peranan ahli sejarah untuk meneliti bagi memberikan pencerahan mengenai bagaimana, mengapa, dan kesannya yang muncul daripada pandemik berkenaan. Ianya wajar dikaji, kerana manusia terpaksa hidup bersama virus merbahaya yang telah mencetuskan berbagai peristiwa bersejarah.
Di sinilah, sekali lagi, pentingnya peranan sejarah dalam era Dunia tanpa sempadan, kerana umat manusia akan sentiasa mencipta sejarah, sama ada ia dicipta sendiri sesama manusia atau tercipta kerana manusia berinteraksi dengan mahluk lain. Dari itu manusia seharusnya jangan mudah lupa kepada sejarah. Bila Presiden Soekarno daripada Indonesia menyatakan kepentingan JASMERAH (Jangan Sekali-kali Meninggalkan Sejarah); manakala Tun Mahathir Mohamad daripada Malaysia pula menyayangkan sikap bangsa-bangsa di rantau Asia Tenggara yang kerap MELUPA (Melayu Mudah Lupa).
Kertas-kertas kerja yang diterbit dalam jurnal SUSURGALUR kali ini, Isu Mac 2021, semua mengguna-pakai Bahasa Melayu/Indonesia. Ini adalah satu dasar baru daripada Pengerusi Sidang Pengarang, yang mahukan dan berazam untuk memartabatkan Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Antarabangsa. Bagi para pembaca yang belum faham Bahasa Melayu/Indonesia, sila boleh terus tengok ABSTRAK dalam Bahasa Inggris, yang disediakan selepas IKHTISAR dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Bahasa menunjukkan bangsa. Lantaran itu, mulakan tahun 2021 pula, hingga ke masa hadapan, semua kertas yang diterbit dalam jurnal SUSURGALUR – sebaik sahaja diwasit dan ada kelayakan untuk diterbit – mahukan mengguna-pakai Bahasa Melayu/Indonesia.
Kertas-kertas dalam jurnal SUSURGALUR, edisi sekarang pula, tidak ada kena-mengena dengan isu wabak COVID-19. Tapi apa yang kritikal adalah bahawa di tengah wabak COVID-19, justru para Cikgu, Pensyarah, dan Ahli Akademik lainnya kekal produktif dan pro-aktif dalam mengkaji, menyelidik, dan menulis kertas-kertas selari dengan minat dan kepakaran masing-masing. Inilah hakikat kreativiti, yang mana ianya tidak lekang oleh panas dan tidak luntur oleh hujan, termasuk tidak terganggu pun oleh wabak COVID-19, yang proses penularan dan kesannya merata kemana-mana tempat di seluruh Dunia.
Hanya kepada Allah, kita berdoa; dan hanya kepada Allah pula kita pohonkan pertolongan. Selamat membaca kertas-kertas dalam jurnal SUSURGALUR; dan harap kita kekal sihat serta maju jaya hingga bila-bila masa.
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: 30hb Mac 2021.
Journal Cover of SUSURGALUR, Edition of March 2021.
Jointly Organized and Published by:
Minda Masagi Press owned by ASPENSI (Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung; the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam); and the Lecturers of International and History Program FASS UBD (Faculty of Arts and Social Sciences, University of Brunei Darussalam) in Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. For searching the institutional websites, it is available online at: www.mindamas.com and www.ubd.edu.bn
The website of KEMENRISTEKDIKTI RI (Ministry of Research, Technology, and Higher Education of the Republic of Indonesia) in Jakarta related to the scholarly journals is also available online at: http://simlitabmas.ristekdikti.go.id
Vol 9, No 1 (2021)
Table of Contents
Articles
Masakaree Ardae@ Nik Muhammad Syukri Wan
Abstract views: 3760 PDF downloads: 818 |
1-18
|
Haji Awg Asbol Haji Mail, Farahaina Anchong
Abstract views: 2654 PDF downloads: 1121 |
19-36
|
Nida Nurhidayati
Abstract views: 4522 PDF downloads: 3175 |
37-54
|
Norazam Hashimudin, Andi Suwirta, Mohd Mahzan Awang
Abstract views: 6040 PDF downloads: 1947 |
55-74
|
Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Abstract views: 1636 PDF downloads: 387 |
75-94
|
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 290 PDF downloads: 78 |
95-102
|
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 308 PDF downloads: 81 |
i-ii
|
Editor Journal SUSURGALUR
Abstract views: 296 PDF downloads: 80 |
iii-iv
|