Harta Intelektual: Kajian Awal di Negara Brunei Darussalam
Abstract
IKHTISAR: Pada asalnya, tujuan undang-undang Harta Intelektual adalah untuk memberikan perlindungan bagi menggalakkan inovasi. Dalam masyarakat Brunei, rangkai-kata “Harta Intelektual” mungkin suatu yang baru, walaupun epistemologi dan ontologinya sudah lama dikenal oleh bangsa Melayu; dan tambahan pula, dalam masa yang sama, agama Islam memberi pengiktirafan kewujudannya. Harta Intelektual atau IP (Intellectual Property) bermaksud sesuatu yang mengandungi semua barang yang berpunca dari latihan akal manusia dengan daya kreatif, yang boleh menghasilkan penemuan baru yang dihasilkan sebagai bahan cipta. Perubahan minda dan pengaruh global mempengaruhi transformasi perkembangan Harta Intelektual di Negara Brunei Darussalam. Justeru, dalam kertas kerja ini, kami akan membincangkan perkembangan Harta Intelektual di Brunei Darussalam, dan seterusnya mengkaji pengetahuan generasi kini berkenaan pengetahuan, konsep, perundangan, dan kepentingan Harta Intelektual. Perolehan awal kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar generasi kini masih kurang mengetahui dan memahami mengenai konsep, perundangan, dan kepentingan Harta Intelektual di Negara Brunei Darussalam.
KATA KUNCI: Harta intelektual, pengiktirafan, latihan akal manusia, daya kreatif, penemuan baru, bahan cipta, dan generasi belia di Brunei Darussalam.
ABSTRACT: “Intellectual Property: A Preliminary Study in Brunei Darussalam”. Originally, the purpose of Intellectual Property law is to provide protection for promoting the innovations. In Brunei society, the phrase of “Intellectual Property” (IP) is perhaps something new, although its epistemology and the ontology have long been known among Malays; and furthermore, its existence is recognized by Islam. Intellectual Property can be defined as something that encompasses all things that result from the efforts of human reason through creativity that generate new findings and ideas that are then copyrighted. A change of mindset and global influences is affecting and transforming the development of Intellectual Property development in the country of Brunei Darussalam. Thus, in this paper, we will discuss the development of the Intellectual Property in Brunei Darussalam, and further examine the current generation’s awareness and understanding regarding knowledge, the concept, and legalities of Intellectual Property. Initial results of the study indicate that a large part of the current generation still have little knowledge and understanding of the concept, legal issues, and the general importance of Intellectual Property in Brunei Darussalam.
KEY WORD: Intellectual property, recognition, training human intellect, creativity, new inventions, copyrighted material, and youth generation in Brunei Darussalam.

About the authors: Datin Dr. Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit dan Haji Mohammad Rafee bin Haji Shahif ialah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, alamat emel yang boleh dihubungi secara terus adalah di: saadiah.tamit@ubd.edu.bn
How to cite this article? Haji Tamit, Saadiah binti Datu Derma Wijaya & Mohammad Rafee bin Haji Shahif. (2015). “Harta Intelektual: Kajian Awal di Negara Brunei Darussalam” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.3(1), Maret, pp.85-98. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.
Chronicle of the article: Accepted (January 5, 2015); Revised (February 15, 2015); and Published (March 24, 2015).
Full Text:
PDFReferences
Arifin Badri, Ustadz Muhammad. (2010). “Hak Kekayaan Intelektual dalam Islam”. Tersedia secara online juga di: http://pengusahamuslim.com/hak-kekayaan-intelektual-dalam-islam/#.VVZ8B0Zf-1k [diakses di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: 15hb Januari 2015].
DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka]. (1970). Kamus Dewan. Badar Seri Begawan: DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka] Brunei Darussalam.
Firdaus Abdullah, Hafiz. (2008). Fiqh Harta: Suatu Pengenalan. Johor Darul Takzim, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.
http://skypin.tripod.com/agama/aga96.html [diakses di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: 15hb Januari 2015].
Jumhana, Muhammad & R. Djubaedillah. (1997). Hak Milik Intelektual: Sejarah, Teori, dan Prakteknya di Indonesia. Bandung: PT Citra Aditya.
Karim Zaidan, Abdul. (n.y.). Nazarat fi al-Shariah al-Islamiyyah. Tanpa tempat: Tanpa penerbit.
Kementerian HEU [Hal Ehwal Ugama]. (2014). Al-Quran: Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya. Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: Kementerian HEU [Hal Ehwal Ugama].
Mohamed, Khadijah & Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Harta Intelek di Malaysia. Sintok, Kedah: Penerbit UUM [Universiti Utara Malaysia].
Phillips, J. (1990). Introduction to Intellectual Property Law. London: Butterworth.
Salleh Rosman, Arieff. (2002). Harta Intelektual Menurut Fiqh Islam dan Pendekatan Perbandingan dengan Undang-Undang Malaysia. Skudai, Johor Darul Ta’zim: Penerbit UTM [Universiti Teknologi Malaysia].
Suprihatin, Titin. (2005). “Hak Kepemilikan Kekayaan Intelektual dalam Pandangan Islam” dalam MIMBAR: Jurnal Sosial dan Pembangunan, Vol.21(1). Bandung, Indonesia: UNISBA [Universitas Islam Bandung]. Tersedia secara online juga di: http://ejournal.unisba.ac.id/index.php/mimbar/article/view/160 [diakses di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: 15hb Januari 2015].
DOI: https://doi.org/10.2121/susurgalur.v3i1.96
DOI (PDF): https://doi.org/10.2121/susurgalur.v3i1.96.g96
Refbacks
- There are currently no refbacks.

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License



