SOSIOHUMANIKA

SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan (Journal of Humanities and Social Sciences Education). This journal, with ISSN 1979-0112 (print) and ISSN 2622-6855 (online), was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal had been managed and organized by the Lecturers of FISIP UNSYIAH (Faculty of Social and Political Sciences, Syiah Kuala University) in Banda Aceh, since 2020 to 2025; and be published by Minda Masagi Suci Foundation and ASPENSI (International Association for Historians and History Educators) in Bandung, West Java, Indonesia.

The SOSIOHUMANIKA journal is published every May and November. This journal is dedicated not only for Indonesian scholars who concern about the Humanities and Social Sciences Educational studies, but also welcome to the scholars of Southeast Asian countries and around the world who care and share related to the Social Sciences, Humanities, and Educational studies in general. 

The SOSIOHUMANIKA journal is devoted, but not limited to, Social Sciences education, Humanities education, and any new development and advancement in the field of Humanities and Social Sciences education. The scope of our journal includes: (1) Language and literature education; (2) Social sciences education; (3) Sports and health education; (4) Economy and business education; (5) Science, Technology and Society in education; (6) Political and Social Engineering in education; and (7) Visual arts, dance, music, and design education.

For Indonesian scholars, it is important to note here that the SOSIOHUMANIKA journal has been accredited by Ditjendikti Kemdikbud RI (Directorate-General of Higher Education, Ministry of Education and Culture of the Republic of Indonesia) for period 2013 to 2018. The articles published in SOSIOHUMANIKA journal are able to be written in English as well as in Indonesian and Malay languages. 

Since early 2018, the website of SOSIOHUMANIKA journal has migrated to webside based on OJS (Open Journal System) program at: www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika. However, the conventional e-mails address for sending the articles is still able to: sosiohumanika@gmail.com and mindamas.journals@gmail.com


Journal Homepage Image

Kata Aluan 
SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 
Volume 15(2), November 2022.

Andi SUWIRTA, M.Hum.
Setiausaha Agung ASPENSI (Asosiasi Sejarawan dan Pendidikan Sejarah Internasional); dan Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sejarah FPIPS UPI (Fakulti Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung. E-mail: suciandi@upi.edu 

Menyelidik dan menulis Sejarah dan Pendidikan Sejarah adalah dua pemerihalan yang berbeza. Pensejarahan, atau Historiografi, selalunya merujuk kepada penyelidikan dan penulisan Sejarah yang dilakukan oleh para sejarawan akademik, dengan pendekatan dan kaedah yang pelbagai, sehingga menghasilkan pentafsiran dan naratif yang pelbagai pula, selari dengan kepakaran sejarawan berkenaan. Manakala Pendidikan Sejarah adalah pensejarahan yang amnya diguna-pakai untuk kepentingan pendidikan pada sesebuah negara-bangsa dan dianjur oleh pihak kerajaan yang tengah berkuasa, khasnya Kementerian Pendidikan, sehingga menghasilkan pentafsiran rasmi dan naratif tunggal, sepertimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan dan selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan.

Ramai yang tidak sedar dan selalunya mendakwa bahawa Pendidikan Sejarah adalah serupa dengan Sejarah yang diselidik dan ditulis oleh para sejarawan akademik. Pendidikan Sejarah untuk kepentingan pendidikan sesebuah negara-bangsa, yang selalunya juga ditulis oleh para sejarawan akademik dan pendidik sejarah, memang kena mengikut kepada kemahuan politik dan tafsir rasmi daripada pihak kerajaan, sepertimana digubal dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah yang berlaku pada masanya. Lantaran itu, untuk mendapatkan wawasan sejarah yang luas dan pentafsiran yang pelbagai, tidak akan diperolehi dari buku-buku teks sejarah untuk sekolah menengah, contohnya, memandang ianya adalah “genre” pensejarahan untuk kepentingan Pendidikan Sejarah, yang sarat dengan matlamat dan nilai-nilai murni pendidikan pada sesebuah negara-bangsa. Membaca dapatan penyelidikan dan penulisan sejarah (historiografi) dari para sejarawan akademik, natijahnya, merupakan cara yang jitu untuk memperolehi wawasan sejarah yang “beyond the historical textbook for secondary schools”.

Pensejarahan yang ditulis oleh sejarawan akademik selalunya mahukan memfahamkan “sejarah seperti apa yang berlaku sebenar”. Manakala Pendidikan Sejarah selalunya memberi tumpuan kepada “sejarah seperti yang dimahukan berlaku”. Ini dua perkara yang berbeza. Bila yang pertama mahukan mendedahkan dan mengupas hakikat yang berlaku sebenar (Das Sein); manakala yang terakhir mahukan menyentuh dan mendedahkan mana-mana yang sepatutnya berlaku selari dengan hasrat dan matlamat yang ideal (Das Sollen). Dalam naratifnya, Sejarah yang berpaksikan hakikat selalu guna ayat “telah berlaku”; manakala Pendidikan Sejarah selalunya mengguna-pakai ayat-ayat imperatif, seperti: harus, kena, pasti akan berlaku, dan sebagainya.

Artikel-artikel dalam jurnal SOSIOHUMANIKA, edisi November 2022 ini, mengandungi dua “genre” penyelidikan dan penulisan Sejarah dan Pendidikan Sejarah. Artikel yang ditulis oleh Emmanina binti Subpei@Shafie, Andi Suwirta & Abdul Razaq Ahmad daripada Malaysia dan Indonesia, yang bertajuk Peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963-1966) Mengikut Analisis Kandungan Buku Teks Sejarah untuk Sekolah Menengah pada Dua Negara-Bangsa”, contohnya, jelas merupakan dapatan penyelidikan dan penulisan Pendidikan Sejarah. Begitu pula dengan artikel yang ditulis oleh Haji Tassim bin Haji Abu Bakar & Siti Salwana Syarfa’ binti Haji Dahlan daripada Brunei Darussalam, dengan tajuk Pelaksanaan Negara Zikir dalam Sistem Media di Brunei Darussalam”, dalam darjah tertentu, banyak menyentuh dan mendedahkan perkara yang ideal, iaitu macam mana sepatutnya Negara Zikir itu diamalkan sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan Brunei Darussalam.

Artikel yang mengandungi perspektif pengajian Sejarah adalah seperti yang ditulis oleh Abdul Haris Fatgehipon daripada Indonesia, yang bertajuk “Presiden Soekarno dan Pembentukan Tidore sebagai Ibu Kota Provinsi Perjuangan Irian Barat”. Begitu pula dengan artikel yang ditulis oleh Nur Nadzmira binti Abdullah Julkifli, Haji Awang Asbol bin Haji Mail & Nani Suryani binti Haji Abu Bakar daripada Brunei Darussalam, yang bertajuk Skandal Kewangan 1MDB dan Tumbangnya Kuasa Politik Najib Razak, 2009-2018 di Malaysia: Satu Tinjauan”, dalam darjah tertentu pula, adalah pengajian Sejarah yang mahukan memperolehi pemahaman yang objektif dan komprehensif berpaksikan sudut-pandang akademik.

Akhir sekali, wujud pun artikel yang ditulis oleh Ismail Ali daripada Malaysia, yang bertajuk “Memahami Pengistilahan, Konsep, Ruang Lingkup, dan Teori dalam Historiografi Maritim”, adalah pendedahan mengenai dapatan-dapatan pengajian dan penyelidikan, serta harapan bagi merancakkan penyelidikan di masa hadapan tentang Sejarah Maritim, yang selari dengan hala-tuju dan hakikat negara-bangsa di rantau Asia Tenggara yang berpaksikan laut dan kelautan-sentrik. Apa yang telah berlaku dan diseleidik, serta apa yang sepatutnya diselidik dan ditulis pada masa hadapan adalah “genre” Sejarah dan Pendidikan Sejarah sekaligus.

Semoga pengajian, penyelidikan, dan penulisan sama ada Sejarah mahupun Pendidikan Sejarah di rantau Asia Tenggara ini kekal maju jaya hingga bila-bila masa.

Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 30hb November 2022.

Cover of SOSIOHUMANIKA Journal for November 2022's Edition:

Jointly Organized and Published by:   

  

Minda Masagi Suci Foundation and ASPENSI (International Association for Historians and History Educators) in Bandung, West Java, Indonesia. Website: www.mindamas.com   

The website of KEMENRISTEKDIKTI RI (Ministry of Research, Technology, and Higher Education of the Republic of Indonesia) in Jakarta related to the scholarly journals is also available online at: http://simlitabmas.ristekdikti.go.id 


Vol 15, No 2 (2022)

Table of Contents

Articles

Emmanina binti Subpei@Shafie, Andi Suwirta, Abdul Razaq Ahmad
Abstract views: 1186       PDF downloads: 326
PDF
1-24
Haji Tassim bin Haji Abu Bakar, Siti Salwana Syarfa’ binti Haji Dahlan
Abstract views: 610       PDF downloads: 629
PDF
25-48
Abdul Haris Fatgehipon
Abstract views: 312       PDF downloads: 135
PDF
49-58
Nur Nadzmira binti Abdullah Julkifli, Haji Awang Asbol bin Haji Mail, Nani Suryani binti Haji Abu Bakar
Abstract views: 1768       PDF downloads: 573
PDF
59-90
Ismail Ali
Abstract views: 1776       PDF downloads: 602
PDF
91-122
Editor Journal SOSIOHUMANIKA
Abstract views: 140       PDF downloads: 35
PDF
123-130
Editor Journal SOSIOHUMANIKA
Abstract views: 204       PDF downloads: 44
PDF
i-ii
Editor Journal SOSIOHUMANIKA
Abstract views: 106       PDF downloads: 40
PDF
iii-iv