Peranan USIA dalam Pendidikan, Dakwah, dan Politik di Sabah, Malaysia, 1969 – 1976
Abstract
IKHTISAR: Penubuhan USIA (United Sabah Islamic Association atau Pertubuhan Islam Seluruh Sabah) pada tahun 1969 telah memberikan impak yang besar terhadap umat Islam Sabah, terutama dalam bidang pendidikan serta dakwah. Situasi ini sangat bertepatan kerana kekuasaan Sabah di bawah kepimpinan Tun Mustapha bin Datu Harun selaku Ketua Menteri Sabah. Gerak kerja USIA boleh dirumuskan kepada konsep 3P, iaitu Pendidikan, Pengislaman, dan Pembangunan. Kemuncak kepada kejayaan USIA apabila Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) dan keluarganya memeluk Islam pada tahun 1971. Gerakan peng-Islaman yang dilakukan USIA berjaya meningkatkan populasi penduduk Islam di Sabah sehingga 60 peratus pada pertengahan 1970-an. Tindakan USIA ini tentunya mendapat bantahan keras daripada kumpulan bukan Islam. Usaha bukan Islam, bersama mereka yang kecewa dalam USNO (United Sabah National Organization), akhirnya berjaya mengubah landskap politik Sabah pada tahun 1976. Dalam Pilihan Raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah pada tahun 1976, USNO tersungkur dengan tewas mengejut kepada BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) di persada politik Sabah, sekali gus menghentikan cengkaman USNO terhadap USIA.
KATA KUNCI: Pendidikan, pertubuhan USIA, parti USNO, peng-Islaman, pembangunan, parti BERJAYA, dan masyarakat Sabah.
ABSTRACT: This paper entitled “The Role of USIA in Education, Preaching, and Politics in Sabah, Malaysia, 1969 – 1976”. The USIA (United Sabah Islamic Association), established in 1969, has made a tremendous impact on Muslims in Sabah, especially in education and propagation. This situation is suitable because the power under the leadership of Sabah, Tun Mustapha bin Datu Harun as the Chief Minister of Sabah. USIA can be formulated within the framework of the concept of 3P, namely: Education (Pendidikan), Islamization (Peng-Islaman), and Development (Pembangunan). The highlight of the success of the USIA when Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) and his family converted to Islam in 1971. Islamization movement done successfully by USIA has increased the Sabah Islamic population up to 60 per cent in the mid-1970s. This course of USIA action has been protested by non-Muslim groups. Non-Muslims efforts among those, who disappointed in the USNO (United Sabah National Organization), finally succeeded in changing the political landscape of Sabah in 1976. In the State Assembly Elections (Legislative Assembly) Sabah in 1976, USNO defeated surprisingly to BERJAYA (United Sabah People's Party) in Sabah political arena; thus, it was stopping the USNO grip on USIA.
KEY WORD: Education, USIA organization, USNO party, Islamization, development, BERJAYA party, and communities in Sabah.
About the Author: Dr. Hamdan Aziz ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pembangunan Sosial UMT (Universiti Malaysia Terengganu), 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Alamat emel: hamdan.aziz@umt.edu.my atau naqiudin@yahoo.com
How to cite this article? Aziz, Hamdan. (2013). “Peranan USIA dalam Pendidikan, Dakwah, dan Politik di Sabah, Malaysia, 1969 – 1976” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.1(2), September, pp.167-178. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.
Chronicle of the article: Accepted (May 28, 2013); Revised (July 3, 2013); and Published (September 30, 2013).
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rashid, Norsiah. (1998). “USIA: Sejarah Perkembangan Dakwah dan Peranannya dalam Membina Kepentingan Islam di Negeri Sabah (1990-1998). Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor: Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].
Alias, Johari. (1977). Buku Cenderamata Sempena Pembukaan Masjid Negeri Sabah. Kota Kinabalu: Jawatankuasa Perasmian Masjid Negeri.
Anonim. (1972). Buku Atur Cara Sempena Majlis Pengislaman Beramai-ramai di Kediaman Tun Datu Mustapha, Tanjung Aru, 30 April 1972. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1973). Buku Atur Cara Lawatan Tun Datu Mustapha Datu Harun ke Sipitang Sempena Rapat Umum USNO Sipitang pada 23-24 Ogos 1973. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1974). Undang-Undang Tubuh USIA 1974, yang Diubah daripada Rang Undang-Undang USIA yang Dibentangkan pada 15 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1975). Buku Atur Cara Sempena Lawatan Rasmi Tun Mustapha bin Datu Harun ke Daerah Beaufort pada 25-26 Mei 1975. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1976). Malaysia Official Year Book, 1976. Kuala Lumpur: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1978). Ucapan Tun Mustapha Sewaktu Merasmikan Bangunan USIA Kota Belud. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (1980). Buku Atur Cara Perasmian Masjid Daerah Papar, Sabah, Tahun 1980. Papar, Sabah: t.p. [tanpa penerbit].
Anonim. (2003). Carta di Bilik Gerakan USIA Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: t.p. [tanpa penerbit].
Baker, M.H. (1965). Sabah: The First Ten Years as a Colony, 1946-1956. Singapore: Malaysian Publishing House Ltd.
DUN [Dewan Undangan Negeri] Sabah. (1976). Perbahasan dalam DUN Sabah: Penyata Rasmi, Jilid 1, No.5, 15 Disember 1976. Kota Kinabalu: DUN Sabah.
Edge, P.J. Granville. (1999). The Sabahan: The Life and Death of Tun Fuad Stephens. Kuala Lumpur: Donsons Sdn. Bhd.
Hussein, Abdullah. (1976). Tun Mustapha: Bapa Kemerdekaan Sabah. Kuala Lumpur: MFI Press.
Jawatan Kuasa USIA [United Sabah Islamic Association]. (1969). Minit Mesyuarat Kongres USIA Pertama 1969 yang Berlangsung pada 16 Ogos 1969. Kota Kinabalu: Jawatan Kuasa USIA.
Jawatan Kuasa USIA [United Sabah Islamic Association]. (1970). “Penyata Tahunan USIA, 1969-1970: Kertas Persidangan 1/1-1970” dalam Perhimpunan Agung USIA Kali Pertama, pada 1-3 Ogos 1970 di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Jawatan Kuasa USIA, ms.1-2.
Jawatankuasa Agung USIA [United Sabah Islamic Association]. (1972). “Anggaran Peruntukan USIA Tahun 1972” dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agung USIA kali Ketiga pada 8 Februari 1972: Kertas Mesyuarat VI. Kota Kinabalu: Jawatankuasa Agung USIA.
JBP [Jabatan Bancian Penduduk]. (1971). Siaran Perangkaan Tahunan Sabah, 1971. Kota Kinabalu, Sabah: Jabatan Bancian Penduduk.
Mat Kib, Mat Zin. (2003). Kristian di Sabah, 1881-1994. Bangi, Selangor: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].
Mat Kib, Mat Zin. (2012). “Tun Mustapha: His Role and Contribution to the Development in Sabah, Malaysia” dalam TAWARIKH: International Jurnal for Historical Studies, Vol.3(2). Available also at: www.tawarikh-journal.com
Muhammad, Yahya. (1990). “Perkembangan Ugama Kristian di Sabah Setelah Merdeka: Sorotan pada Zaman-zaman Parti Perikatan USNO-SCA, Kerajaan Parti BERJAYA, dan Kerajaan Parti PBS”. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor: Jabatan Usuluddin & Falsafah UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].
Pejabat Agung USIA [United Sabah Islamic Association]. (1970). Penyata Tahunan USIA, 1969-1970. Kota Kinabalu: Pejabat Agung USIA.
Pejabat Agung USIA [United Sabah Islamic Association]. (1974). Penyata Tahunan USIA, 1973/1974. Kota Kinabalu: Pejabat Agung USIA.
Setiausaha Agung USNO [United Sabah National Organization]. (1970). Penyata USNO 1969-1970. Kota Kinabalu, Sabah: Fail Pejabat Setiausaha Agung USNO.
Setiausaha Agung USNO [United Sabah National Organization]. (1972). Buku Cenderamata Hari Ulang Tahun ke-10 USNO Tahun 1972. Kota Kinabalu, Sabah: Fail Pejabat Setiausaha Agung USNO.
Setiausaha Agung USNO [United Sabah National Organization]. (1974). Ucapan Dasar dalam Perhimpunan Agung USNO Kesembilan Tahun 1974 di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Setiausaha Agung USNO.
Setiausaha Agung USNO [United Sabah National Organization]. (1975). Buku Penyata Tahunan USNO 1974/1975: Kertas Persidangan Bil. 3/10/75, 6 Julai. Kota Kinabalu: Setiausaha Agung USNO.
Setiausaha Agung USNO [United Sabah National Organization]. (t.t.). Ucapan Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam Perhimpunan Agung USNO Kelapan. Kota Kinabalu: Pejabat Perhubungan USNO Sabah.
SPR [Suruhanjaya Pilihan Raya]. (1967). Penyata Pilihan Raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah Tahun 1967. Kuala Lumpur, Malaysia: SPR.
SPR [Suruhanjaya Pilihan Raya]. (1976). Keputusan dan Penyata Pilihan Raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah Tahun 1976. Kuala Lumpur: SPR.
SPR [Suruhanjaya Pilihan Raya]. (t.t.). Risalah Pilihan Raya Parti BERJAYA. Kota Kinabalu, Sabah: SPR.
Temubual dengan Datuk Awang Sahari Abd Latif, 80 tahun, Pengarah Dakwah USIA (United Sabah Islamic Association) dan Pengasas Persatuan Islam Putatan, di Bangunan Ibu Pejabat USIA Sembulan, Kota Kinabalu, pada tarikh 12 Jun 2003.
Temubual dengan Datuk Dzulkiflee Abdul Hamid, 65 tahun, Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Kerajaan USNO, di Kg. Simpudu, Papar, Sabah, pada tarikh 30 Jun 2004.
Tregonning, K.G. (2007). Under Chartered Company Rule: North Borneo, 1881-1946. Kuala Lumpur: Synergy Media.
Urusetia Kongres USIA. (1969). Buku Peringatan Kongres USIA Tahun 1969. Kota Kinabalu: Urusetia Kongres USIA.
Urusetia Kongres USIA. (1970). “Laporan Kongres Pertama USIA” dalam Buku Peringatan Kongres Perhimpunan USIA Kali Pertama, pada 1-3 Ogos 1970 di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Urusetia Kongres USIA.
Yusin, Muhiddin. (1990). Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DOI: https://doi.org/10.2121/susurgalur.v1i2.65
DOI (PDF): https://doi.org/10.2121/susurgalur.v1i2.65.g66
Refbacks
- There are currently no refbacks.
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License