Pengajian Kesusasteraan Melayu Tradisional ke Arah Latihan Industri: Suatu Penerokaan di Universiti Sains Malaysia

Mohamad Luthfi Abdul Rahman, Jelani Harun

Abstract


ABSTRAK: Semua bidang pengajian di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Malaysia, termasuk bidang kesusasteraan tradisional, sebenarnya tidak jauh terpisah daripada industri. Makalah ini membincangkan tentang bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional yang boleh dijuruskan kepada latihan industri di masa hadapan. Umum sering menganggap bahawa pengajian kesusasteraan hanyalah suatu bidang pengajian yang tertumpu kepada pembacaan teks atau karya semata-mata. Hakikatnya, bidang pengajian kesusasteraan tradisional berkaitan rapat dengan berbagai-bagai unsur asas yang sangat diperlukan oleh industri kreatif di negara ini, terutamanya dalam hal-hal yang berhubungan dengan sejarah sosio-budaya bangsa. Pernyataan ini menyarankan bahawa bidang pengajian kesusasteraan tradisional turut menawarkan berbagai-bagai kebolehan dan kepakaran khusus yang boleh dimanfaatkan dalam kemajuan industri kreatif negara pada masa kini. Oleh itu, makalah ini bermatlamat untuk membincangkan kebolehan dan kepakaran yang ada pada pelajar-pelajar bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional yang sesuai untuk diterapkan dalam latihan industri kreatif yang sedia ada. Secara tidak langsung, matlamat ini akan turut mengenengahkan bentuk-bentuk industri kreatif sesuai yang boleh memanfaatkan kebolehan pelajar berkenaan. Titik pertemuan antara bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional dengan latihan industri kreatif akan menjadikan bidang pengajian ini lebih bernilai komersil dan juga mampu dilestarikan sepanjang zaman, biarpun dihimpit oleh pelbagai kemajuan teknologi semasa.

KATA KUNCI: Kesusasteraan Melayu tradisional, latihan industri, industri kreatif, kebolehan dan kepakaran, serta teknologi semasa. 

  

Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan Dr. Jelani Harun ialah Pensyarah Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: luthfi@usm.my

How to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi & Jelani Harun. (2011). “Pengajian Kesusasteraan Melayu Tradisional ke Arah Latihan Industri: Suatu Penerokaan di Universiti Sains Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.263-278. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 8, 2011); Revised (November 16, 2011); and Published (December 15, 2011).


Full Text:

PDF

References


Berita “Carta Organisasi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara” dalam http://www.jkkn.gov.my [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 9 Oktober 2011].

Berita “Dasar Industri Negara Dilulus” dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: 12 November 2010.

DPEM [Department of Polytechnic Education Malaysia]. (2010). “Workforce Development in a Changing Market by Engaging Industries” dalam Report of National Industri Dialogue 2009. Putra Jaya, Malaysia: DPEM.

IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara]. (2003). Laporan Akhir Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah. Kuala Lumpur, Malaysia: IPPTN.

Jelani Harun. (2008). Undang-Undang Kesultanan Melayu. Pulau Pinang: Penerbit USM [Universiti Sains Malaysia].

JKKWNP [Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak]. (2006). Pantang Larang Petua Orang Tua. Taiping, Malaysia: Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak.

KPKKM [Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia]. (2003). Koleksi Siri Mengenal Budaya. Kuala Lumpur: KPKKM.

KPKKM [Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia]. (2005). Alat Muzik Tradisional dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: KPKKM.

KPKKM [Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia]. (2007). Siri Tokoh Anugerah Seni Negara. Kuala Lumpur: KPKKM.

KPKKM [Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia]. (2011). “Industri Kreatif” dalam http://www.kpkk.gov.my [diakses di Pulau Pinang, Malaysia: 9 Oktober 2011].

KPTM [Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia]. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 2007-2010. Kuala Lumpur: KPTM. Dapat dilayari pula melalui laman sesawang http://www.mohe.gov.my/tranformasi

KPTM [Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia]. (2010). Dasar Latihan Industri Negara. Putra Jaya, Malaysia: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Laurenson, Diana & Alan Swinggewood. (1972). The Sociology of Literature. New York: Shocken Books.

Maier, H.M.J. (1988). In the Centre of Authority. New York: Cornell University Press.

Mohd Taib Osman. (1982). Manual for Collecting Oral Tradition with Special Reference to South East Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Ahmad Alaudin. (2011). “Penerbitan Filem Dokumentari: Satu Tinjauan Terhadap Perkembangan Sejarah dan Teknologi” dalam http://www.uitm.edu.gov/publication [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 17 Februari 2011].

Suryadi. (2010). “Dua Pucuk Surat Kerajaan Buton dari Abad ke-17: Kandungan Isi dan Konteks Sejarah” dalam Jurnal Filologi Melayu, Jilid 17, ms.123-148.

Tulisan daripada Ku Seman Ku Hussein dalam Utusan Online. Kuala Lumpur, Malaysia: 6 April 2003.

Wawancara atau temubual dengan Puan Ainon Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat penerbitan terkenal PTS Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 9 Oktober 2009.

Wellek, Rene. (1963). The Theory of Literature. Middlesex: Penguin Books.




DOI: https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i2.119

DOI (PDF): https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i2.119.g119

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License

View My Stats