Proses Pemungutan Data dalam Kajian Penyoalan Lisan: Satu Kongsi Pengalaman

Zanaton binti Haji Iksan

Abstract


ABSTRAK: Pemungutan data merupakan satu cabaran yang perlu diharungi dengan penuh kesabaran oleh pengkaji yang melakukan kajian melalui pendekatan kualitatif. Setiap pengalaman yang dialami dalam proses mengutip data merupakan satu pengalaman yang perlu dikongsikan. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersabit pengutipan data dalam kajian berkaitan penyoalan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk elektrokimia. Kajian ini memerlukan data berbentuk “verbatim” pengajaran yang mengandungi maklumat dialog pengajaran guru dan pelajar, soalan lisan guru, dan catatan pemerhatian semasa proses pemerhatian di dalam kelas. Pemungutan data dilakukan secara pemerhatian tidak turut serta dengan bantuan rakaman audio dan video, temubual, dan maklumat melalui dokumen guru. Dibincangkan juga proses membuat transkripsi bagi menghasilkan data berbentuk “verbatim” pengajaran. Memilih pembantu untuk membuat transkripsi bukan suatu perkara yang mudah, kerana tidak semua orang mampu melakukannya. Berdasarkan pengamatan pengkaji, orang yang mempunyai sifat ketekunan, ketelitian, dan kesabaran lebih mudah melakukannya. Daripada pengamatan pengkaji pula, pembantu yang mempunyai latar belakang sains lebih mampu membuat transkripsi secara lebih lengkap dan terperinci, memandangkan mereka pernah belajar tajuk elektrokimia. Perbincangan juga menonjolkan beberapa mini kajian yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul semasa pemungutan data. Kesimpulannya, pemungutan data melalui pendekatan kualitatif memerlukan proses cuba jaya, membina hubungan yang harmoni dengan peserta kajian, serta mengamalkan etika penyelidikan dengan sebaik mungkin agar data yang diperoleh merupakan data yang kaya dengan maklumat yang dikehendaki.

KATA KUNCI: Pemungutan data, penyelidikan kualitatif, pemerhatian, temubual, serta data “verbatim” pengajaran dan pembelajaran.

About the Author: Zanaton binti Haji Iksan ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: naim@ukm.my

How to cite this article? Haji Iksan, Zanaton binti. (2011). “Proses Pemungutan Data dalam Kajian Penyoalan Lisan: Satu Kongsi Pengalaman” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.215-232. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 17, 2011); Revised (November 25, 2011); and Published (December 15, 2011).


Full Text:

PDF

References


Coffey, A. & P. Atkinson. (1996). Making Sense of Qualitative Data. Thousand Oaks: Sage Publication.

Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches. London, UK: Sage Publication.

Marohaini Yusoff. (2001). “Pengutipan dan Pengumpulan Data Perlakuan dan Proses Menulis Karangan dalam Bilik Darjah” dalam Marohaini Yusoff [ed]. Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur, Malaysia: UM [Universiti Malaya], ms.87-120.

Merriam, S.B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San Farancisco, CA: Jossey-Bass.

Miles, M.B. & A.M. Huberman. (1994). Qualitative Data Analysis. London: Sage Publications, edisi ke-2.

Nor Razah Lim & Zamri Mahamod. (2007). “Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Pelajar” dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], ms.67-78.

Perakyla, A. (2005). ”Analyzing Talk and Text” dalam Y.S.L. Norman & K. Denzin [ed]. Qualitative Research. London: Sage Publications, edisi ke-3.

Silverman, D. (2002). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. London, UK: Sage Publication.




DOI: https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i2.116

DOI (PDF): https://doi.org/10.2121/atikan-journal.v1i2.116.g116

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License

View My Stats